Wednesday, September 14, 2016

Sejarah bermulanya Dania Bowl Trading Kedai Trofi di Sg Ramal Dalam Kajang


Assalamualaikum

Selamat datang ke Dania Bowl Trading ~ Kedai Trofi / Medal / Plak & Cenderhati.

Sebagai pengenalan, izinkan saya ceritakan serba sedikit permulaan kedai Trofi alam maya kami ini.

Diusahakan oleh Arwah Suami saya En Aimaduddin. Arwah suami mendapat ilham membuat Trofi Boling daripada anak kami Dania Alisha yang belum mencecah umur 1 tahun ketika itu. Kebetulan arwah memang sedang mencari peluang perniagaan untuk menambah pendapatan keluarga kami.

Pada awalnya kami hanya mempromosikan hasil Trofi Pin Boling kami pada rakan yang membuat Tournament Boling. Selepas itu kami cuba mempromosikan di Facebook. Ini page pertama kami.



Alhamdulillah dari sikit tempahan hinggalah tak menang tangan arwah siapkan. Selain permintaan Trofi Boling, ada juga mendapat permintaan Medal, Plak dan Trofi..Akhirnya arwah buat full time bisnes trofi ini.

Arwah telah buka kedai di Kg Sungai Ramal Dalam dan mengembangkan bisnes menjual pelbagai lagi jenis Trofi yang diimport dari China, Tshirt Printing, Banner dan macam-macam lagi...



Selepas ketiadaan arwah, kami terpaksa menutup kedai dan menjalankan perniagaan dari rumah sahaja. Ini adalah hasil usaha arwah sepanjang 5 tahun lebih dan menjadi tanggungjawab saya untuk meneruskan demi masa depan 3 Dania kami.. Kerana itulah arwah mendaftarkan pernigaan ini atas nama "DANIA BOWL TRADING" dan Logo "DB11" bermaksud kedai kami mula beroperasi pada tahun 2011.

Kepada pelanggan setia kami dan bakal pelanggan kami, jangan segan silu untuk bertanyakan Produk keluaran kami. Insyaallah saya akan memberi perkhidmatan yang terbaik untuk setiap tempahan anda.

Anda boleh hubungi kami :
WA : 019-2860132
Lokasi Perniagaan : Kg Sungai Ramal Dalam, Kajang

Produk-produk akan diupdate kemudian.
Boleh lihat contoh tempahan & katalog di Fanpage FB Dania Bowl

No comments:

Post a Comment