Tuesday, January 31, 2017

Tempahan Trofi , Plak & Medal sepanjang bulan Januari 2017

Salam 1 Februari 2017..

Lama betul saya tak update Blog.. Masa memang terhad sangat... Kalau ada yang nak buat tempahan, boleh terus Whatsapp saya 019-2860132.. Lagi memudahkan urusan kita...

Ini antara tempahan yang telah diterima pada bulan Januari 2017.. Gambar yang lain ada banyak kalo nak tepek semua penuh plakkan... Hp pon dah penuh dengan gambar je.. huhu..

Terima kasih kepada semua yang membuat tempahan dengan Dania Bowl Trading... Jika puas hati jangan lupa promote kat kawan-kawan ye... :)

1. Kelab Sukan Hunter Douglas
Trofi Badminton (Size D) - RM10 seunit



2. PERMATA Football Club, Johor
Trofi Plastik Tapak Kayu - RM8 seunit


3. PRISMA, KUIS
Trofi Orang (M/W) (Saiz A) - RM40 seunit
Trofi Orang (M/W) (Saiz C) - RM15 seunit
Trofi Orang (M/W) (Saiz D) - RM10 seunit
Medal Besi - RM8 seunit
Plak Plastik - RM6 seunit 




4. CTRM, Melaka
Medal Besi - RM8 seunit


5. NAIIB
Pin Boling 8" + Ring - RM32 seunit
Pin Boling 7" - RM25 seunit
Pin Boling 5" - RM18 seunit


6. P15H4, Putrajaya
Medal Besi - RM8 seunit


7. IW Properties, Putrajaya
Pin Boling 8" - RM32 seunit
Pin Boling 7" - RM25 seunit
Pin Boling 5" - RM18 seunit
Trofi PinBola (Saiz D) - RM10 seunit
Bola Boling (Besar) - RM30 seunit


8. KPT, Putrajaya
Trofi Orang (M/W) (Saiz C) - RM15 seunit
Trofi PinBola (Saiz D) - RM10 seunit


Untuk pertanyaan boleh WA 0192860132.. 
Tempahan ambil masa sekurangnya 1 minggu atau lebih bergantung pada kuantiti order.
bermula selepas kami terima deposit 50%.
Pembayaran dalam bentuk TUNAI / Bank Transfer
Self Collect kat Kg Sg Ramal Dalam
Kos Postage & risiko barang ditanggung oleh pembeli. Harap maklum awal untuk saya tambah masa dalam 3hari utk proses pos.

Wednesday, September 21, 2016

Trofi Pin Bowling Saiz 8 Inci (290mm)


Salam semua..

Produk Utama kami adalah Trofi Pin Bowling.

Ada 3 Saiz yang boleh dipilih.

Ini Saiz yang paling besar iaitu 8Inci (tinggi pin shj )

Cara Nak Order senang je....

PERTAMA..

Keistimewaan kedai kami nie anda boleh pilih color yang anda suka.. contoh color dalam Katalog. Cuma bagitahu je saya anda nak color apa..

WARNA : 
GOLD, SILVER, BRONZE,SPARKLING BLUE, SPARKLING RED, SKY BLUE, LIGHT GREEN, SUGAR CANE..

KATALOG PIN 8 INCI

(design HARIMAU MALAYA tiada lagi keluarannya)


KEDUA
Dah pilih color, anda kena bagitahu saya juga design apa yang anda nak. Ada 4 Jenis Design Trofi nie.. Kalo tak cakap saya akan anggap yang standard 1 color jelah tau.. 

1. PIN BOWLING STANDARD (1 COLOR)


TINGGI : 290MM
BERAT : 1KG
MATERIAL : BATU + PLASTIK + KAYU
HARGA : RM30

2. PIN BOWLING DWICOLOR (2 COLOR ATAS BAWAH)


TINGGI : 290MM
BERAT : 1KG
MATERIAL : BATU + PLASTIK + KAYU
HARGA : RM32

3.PIN BOWLING + RING 

TINGGI : 300MM
BERAT : 1.09KG
MATERIAL : BATU + PLASTIK + KAYU + RING
HARGA : RM32

4. PIN BOWLING + CASING

TINGGI : 375MM
BERAT : 2.3KG
MATERIAL : BATU + PLASTIK + KAYU + CASING KACA
HARGA : RM100


KETIGA
Dah finalise nak Trofi apa dan kuantiti, tarikh collection (wajib 1 minggu awal)..Whatsapp saya : 019-2860132 untuk bagitahu order anda itu.. Boleh juga Email : daniabowl@gmail.com / FB : Dania Bowl Trading.. Tapi saya lebih suka guna WA sebab lebih cepat nak berurusan. Nak datang kedai pon boleh.. Buat temujanji dengan saya. Alamat : Lot 1673, Jalan Nazir, Kampung Sungai Ramal Dalam, 43000 Kajang, Selangor.

KEEMPAT
Bayar Deposit 50% dari Jumlah tempahan anda. Bank in ke Akaun CIMB Dania Bowl Trading. WA bukti pembayaran. Kerja akan bermula selepas deposit diterima. Sila pastikan tarikh anda nak collect tidak kurang dari 1 minggu. Deposit tidak akan dikembalikan.


KELIMA
Bagi saya wording untuk letak pada tapak. Nanti saya WA semula untuk persetujuan sebelum proses print.. tapi bila dah confirm n print xboleh tukar lagi tau.. Nanti caj tambahan akan dikenakan.

AKHIR SEKALI
Saya akan WA gambar barang yang telah siap dan janji untuk datang ambil barang di Kedai. Bayaran Penuh ketika barang bertukar tangan. :)
Untuk makluman kami tak buat pengantaran atas sebab keselamatan kami anak beranak. Tetapi jika anda jauh dan perlukan khidmat pos, kami boleh uruskan.. Kos pos atas tanggungan anda.

Mudah je kan cara nak buat tempahan..
Untuk Produk lain saya akan update dari masa ke semasa.
Jika nak reponds yang lebih cepat, sila WA 0192860132

Terima Kasih

Monday, September 19, 2016

Keistimewaan Kami ~ Trofi Bowling Colorful / Pelbagai Warna Harga Murah



Salam semua..

Produk Utama kami Dania Bowl Trading adalah  Trofi Pin Bowling...

Apa keistimewaanya dari Trofi yang lain??


Cuba tengok betul-betul... Colorful kan??Cantiknya!!!

Semua Trofi Bowling ini Custom made... Anda Boleh pilih color kegemaran anda.. Takdelah bosan asyik Gold, Silver & Bronze sahaja...

Tapi..Jangan pula harinie order harinie atau esok nak pulak tau... Sebab trofi ini amik masa sekurang-kurangnya 1 minggu untuk siap... Jadi boleh plan awal-awal kalo nak order tau..



Harga mesti mahal nie??
Eh!! Mana ada mahal... Harga masih lagi mampu untuk dimiliki...

Terdapat 3 Saiz. 
Pin 8" = RM30
Pin 7" = RM25
Pin 5" = RM18
(ukuran pin sahaja tidak termasuk tapak)

Murahkan...

Meterial apa yang digunakan?
Pin plastik + Simen (bagi berat)
Tapak Kayu

Camne nak Oder??
Senang je...
Whatsapp : 019-2860132

atau boleh tengok contoh kat www.facebook.com/daniabowl

atau Email : daniabowl@gmail.com

atau buat temujanji untuk datang ke Kedai kami (weekdays 6ptg - 10mlm /weekend - 9pg - 10mlm)
Lot 173A, Jalan Nazir,
Kampung Sungai Ramal Dalam,
43000 Kajang
Boleh cari direction kat Google Maps "Dania Bowl Trading"..

Pembayaran macam mana pula?

Deposit 50% dari Jumlah Tempahan
Bank in ke Akaun CIMB Dania Bowl Trading.


Tunjuk bukti pembayaran.. Nanti saya buat kerja saya sampai siap.. :)
Deposit tidak dikembalikan jika anda membatalkan tempahan.

Bila dah siap camne nak ambil barang?

Saya akan inform barang dah siap..
Datang collect kat Kedai kami ye.. 
Tiada penghantaran dibuat untuk keselamatan kami anak beranak.
Harap maklum.

Khidmat Pos ada tak?

Ada.. Anda cuma bayar kos pos untuk barang anda.. Saya guna perkhidmatan Poslaju atau Airpak.. Sila inform awal jika mahu guna khidmat Pos sebab kena kira hari penghantaran.


Selain ini ada tak produk lain??

Ada... Macam2 Piala pon ada.. Plak , Medal & Cenderahati pon ada.. 
Nanti saya update kemudian kat blog nie..
Apa2 boleh direct Whatsapp saya 019-2860132

Terima Kasih
Semoga saya dapat beri perkhidmatan yang terbaik buat anda... :)

Wednesday, September 14, 2016

Sejarah bermulanya Dania Bowl Trading Kedai Trofi di Sg Ramal Dalam Kajang


Assalamualaikum

Selamat datang ke Dania Bowl Trading ~ Kedai Trofi / Medal / Plak & Cenderhati.

Sebagai pengenalan, izinkan saya ceritakan serba sedikit permulaan kedai Trofi alam maya kami ini.

Diusahakan oleh Arwah Suami saya En Aimaduddin. Arwah suami mendapat ilham membuat Trofi Boling daripada anak kami Dania Alisha yang belum mencecah umur 1 tahun ketika itu. Kebetulan arwah memang sedang mencari peluang perniagaan untuk menambah pendapatan keluarga kami.

Pada awalnya kami hanya mempromosikan hasil Trofi Pin Boling kami pada rakan yang membuat Tournament Boling. Selepas itu kami cuba mempromosikan di Facebook. Ini page pertama kami.



Alhamdulillah dari sikit tempahan hinggalah tak menang tangan arwah siapkan. Selain permintaan Trofi Boling, ada juga mendapat permintaan Medal, Plak dan Trofi..Akhirnya arwah buat full time bisnes trofi ini.

Arwah telah buka kedai di Kg Sungai Ramal Dalam dan mengembangkan bisnes menjual pelbagai lagi jenis Trofi yang diimport dari China, Tshirt Printing, Banner dan macam-macam lagi...



Selepas ketiadaan arwah, kami terpaksa menutup kedai dan menjalankan perniagaan dari rumah sahaja. Ini adalah hasil usaha arwah sepanjang 5 tahun lebih dan menjadi tanggungjawab saya untuk meneruskan demi masa depan 3 Dania kami.. Kerana itulah arwah mendaftarkan pernigaan ini atas nama "DANIA BOWL TRADING" dan Logo "DB11" bermaksud kedai kami mula beroperasi pada tahun 2011.

Kepada pelanggan setia kami dan bakal pelanggan kami, jangan segan silu untuk bertanyakan Produk keluaran kami. Insyaallah saya akan memberi perkhidmatan yang terbaik untuk setiap tempahan anda.

Anda boleh hubungi kami :
WA : 019-2860132
Lokasi Perniagaan : Kg Sungai Ramal Dalam, Kajang

Produk-produk akan diupdate kemudian.
Boleh lihat contoh tempahan & katalog di Fanpage FB Dania Bowl